Wednesday, November 14, 2012

Redhaku Dimulut atau Dihati?

Tika diberi satu nikmat, 
hamba Allah tidak teringat, 
Itu hanya satu alat, 
Untuk menguji persedian Akhirat. 

Pelbagai perkara aku lalui, 
Pelbagai pelajaran aku dapati, 
Namun tiada ibrah yang mengikuti, 
Perjalanan hidup sehari hari.


Sifat manusia memang begitu, 
tidak akan menghargai sesuatu, 
Sebelum hilang tidak ketemu, 
Menyesal pula tidak membantu. 

Ingin aku ceritakan, 
Kisah aku kepada teman, 
Agar menjadi suatu pengajaran, 
Bukan niat untuk perhatian. 

Pernah aku suatu masa,  
Tidak bersujud buat seketika, 
Batasan fizikal yg tidak disangka, 
Sungguh membuatku cukup kecewa. 

Tidak mampu diri ini, 
Menyembah bumi menyeru Illahi. 
Baru mngetahui nilai sejati, 
Nikmat sujud kepada Illahi. 

Kadang kala kita alpa, 
Semua nikmat tuhan yang punya, 
Kita anggap kekal selamanya, 
Diambil mudah dan sambil lewa.


Mari kawan kita semua, 
Hargai nikmat yang kita ada, 
Terutama keluarga yang tercinta, 
Sekali hilang tiada gantinya. 

Keluarga itu nikmat Illahi, 
Yang harus kita syukuri, 
Jangan dibiar sekali kali, 
Sementara masih bernafas dibumi.

Bayangkanlah wahai para teman,
Tanpa keluarga memberi sokongan, 
Mampukah kamu mara kehadapan,
Menghadapi liku liku kehidupan?

Wahai ayah dan ibuku,
Tidak mampu kubalas pengorbananmu,
Walau setinggi gunung usahaku,
atau seluas lautan ikhtiarku. 

Kepada ayah dan ibuku, 
Ingin aku kucupi tanganmu, 
Berterima kasih kerana menjagaku, 
Memohon ampun kerana khilafku,


Kakak dan adikku yang diingati,
Walaupun apapun yang terjadi,
Jangan sesekali pertalian darah ini,
 Diputus dirobek sama sekali. 

Mungkin aku tidak sempurna, 
Menjadi anak lelaki yang berguna, 
Namun akan kucuba sedaya upaya, 
Agar menjadi manfaat bersama. 

Sungguh demi Allah yang satu, 
Aku sayang akan keluargaku, 
Janganlah ditarik nikmat itu, 
Namun takdir itu milikMu.


Ya Allah Ya Tuhanku, 
Takdirkanlah yang terbaik untukku, 
Sesungguhnya aku antara hambaMu, 
Yang sentiasa mengharap kepadamu atas setiap sesuatu. 

Ya Allah, jika ini takdirMu, 
Aku terima ketentuan itu, 
Kerana aku yakin akan janjiMu, 
Inilah yang terbaik bagiku. 

Ya Allah Ya Rabbi,  
Jadikanlah redha dimulut ini
Tersemat kental didalam hati, 
Supaya ku yakin mengabdi diri.


Sekian saja coretanku ini, 
Sekadar luahan dimalam hari, 
Ambillah ibrah yang dijumpai, 
Tinggalkanlah khilaf yg tersembunyi. 



Thursday, November 1, 2012

Of Cruelty and Inner Me



I am standing in front of the tree,
Looking at the hive of the bee,
Trying hard to sneak around the leaf,
To reach the top and be free.

There is a time of the dark,
Where I was afraid to try my luck,
Crossing the road in NYC,
Without looking left or right to see.

There is a hand on the opposite side,
Waving left and right calling for me,
The face was unclear and blurry
Drive the curiosity all over me. 

In need to quench the thirst of curiosity,
I was about to cross the car sea,
Until there is whisper that say to me,
There’s nothing there actually.

If it was just me, nothing will happened to the knee,
Nailed straight down to the earth by destiny,
Freeze out by the wind of the city,
I’m surrounded by the thirst of curiosity.

Suddenly there is force that pushed the back,
The next time I realize, I was back on track,
With adrenaline rushed through my throat and neck,
I cross the road without looking back.

I look around to find the force,
That helps me to go through the course,
Nothing out there that resemble the force,
Except for me of course.

It could be me,
The inner me,
To push the threshold,
Of man and humanity.

The success is near yet far,
Block by the bee in the middle of the war,
Discourage every patriot that doesn’t pass the par.
Of self esteem, courage and everything in the jar.

Hey my inner me,
Lets climb this tree,
So that we could be happy,
Living out of this cruelty.