Tuesday, July 10, 2012

Berinti Peria, Berselaput Gula.


Satu penipuan jika kukatakan, 
Jahilliyyah itu tiada kemanisan, 
Bahagia dalam setiap tindakan, 
Yang jauh dari landasan. 

Namun tidak aku sedari, 
Manis itu tidak abadi, 
Berteraskan pahit tak terperi,
Hanya bertujuan untuk mengaburi. 

Manis itu sedap kumamah,
Sehingga pahit datang menjengah,
Aku ingin berpaling tadah, 
Dari cengkaman Jahilliyah!

Palingan itu tidak lama, 
Pengaruh Jahilliyah datang semula, 
Tidakku kuat menangkis segala,
Kemanisan yang berganda-ganda. 

Manis itu mahal harganya, 
Walaupun ia hanyalah sementara, 
Kesannya tidak pergi jua, 
Ditambah pahit di terasnya. 

Pahitnya sehingga terduduk!
Tetapi Allah sudah tuliskan, 
Hanya Dia yg berpengetahuan, 
Kenapa aku diberi kemanisan, 
Dan pahit di pengakhiran. 

Cemburu daku kepada si teman, 
Azalinya terpelihara tiada celaan, 
Kelihatan lengkap dari luaran, 
Jauh jahiliyyah sebagai cabaran. 

Aku sedar akan sesuatu, 
Dalaman mereka siapa yang tahu, 
Cabarannya yang tidak menentu,
Mungkin lebih hebat dariku.
Liku pada jalan itu menjadi saksi di hari pengakhiran! 
Perjalanan kita mungkin berbeza, 
Dek perbezaan daya upaya, 
Namun tujuannya tetap sama, 
Pengembalian pada Yang Saksama. 

Selepas refleksi kejadian ini, 
Aku yakinkan akan diri, 
Terdapat hikmah yang tersembunyi, 
Disebalik segala aturan Illahi.

Jahiliyyah memberi daku kanta, 
Disaat mataku rabun membuta, 
Untuk mengenal serpihan kaca, 
Ataupon kilauan butiran permata

Taktala teman sudah berkanta,
Aku masih meraba-raba, 
Namun aku harus redha, 
Sesungguhnya inilah takdirNya!

Kanta itu sungguh berjasa,
Mengajar aku pengajaran berguna,
Bahawa hidup sekali sahaja,   
Oleh itu jangan disia. 

Ukhuwah Fillah!
Tidak juga aku lupa, 
Allah memberiku rakan sahaya, 
Yang datang membawa cahaya, 
Menyuluh jalan agar tidak buta. 

Marilah kawan mari teman, 
Mungkin kita berbeza jalan, 
Carilah kanta dan perhatikan, 
Kaca dan permata dihadapan. 

Wahai kamu temanku, 
Elaklah kaca dijalanmu, 
Kutiplah permata yang beribu, 
Buat berjumpa Allah Yang Satu!

Syukur ingin aku ucapkan, 
Kepadamu Allah ya tuhan, 
Kantamu akan aku gunakan, 
Untuk terus berada dilandasan. 

.
Farhan Syahir
 9 Julai 2012
3:21 AM
Kuantan, Pahang.