Friday, May 28, 2010

little update....

I'll be going to Purdue for the midwest game tomorrow. And it was most likely to be first tournament in my life. A real one. But still not fully prepared as i'll used another person racquet and others. But it not all about the stuff..it about the one who play it...
Oh my first expensive stuff that i bought using my own money, you'll not be there too.....


and now, I also in self practise of FiFa 10. Still not good enough in it.

Will be in Malaysia in exactly 10 days. I hope so, many thing could happen in these 10 days. I pray to Allah to arrive safely in Malaysia.

that just the update for now....
see ya...

Thursday, May 27, 2010

Oh summer...!!



Akhirnya kehidupan sebagai freshman ataupon budak baru belajar sudah habis. Ku akan melangkah ke dunia sophomore dengan memegang status junior setelah 3 bulan cuti di Malaysia. Yes, I'm home. Walaupun jikalau ada orang ygang berkata kata baru setahun dah nak balik, ku hanya mampu menjawab, itu hal masing-masing dan setiap orang ade perkara sendiri untuk dilaksanakan.

Will be missing Langit rochester yg amat lawa..Subhanallah...

Dunia freshman memang penuh bittersweetnya. Sweetnya memang banyak, pengalaman pon banyak, siap pergi camping waktu suhu bawah freezing point siap dengan salji lagi. Abis rosak kamera. Yang bitternya, biarlah ia menjadi rahsia kami yang menghadapinya. Tetapi setiap satu daripada bitter dan sweet itu mengajar pengajaran yang amat berguna kepada aku at least. Antaranya:
Silence it better...word might be disaster.
......and the list goes on......

tidak apalah, biarlah pengajaran2 ini menjadi rahsia sendiri sebab majoriti masalah tu pon da selesai or diLupakan, so tidak perlu rasanya kan.Tapi apa apa pon aku harap semuanya dapat hidup aman dan damai di Malaysia ataupon die USA.
Class of 2010..congratz,,,

khas utk Wak Eriq Chot Dengar cerita org kt USA tak balik summer ni kerja cari duit, apa lagi ditunggu, kereta jangan lupa beli ya..hahaha...

Lilac festival 2010...family picture..haha

Balik malaysia dengar katanya ramai cakap akan bosan sebab 3 bulan x buat apa-apa. Itu yg kita tak tahu tu. Tapi jikalau ade apa-apa program janganlah segan silu untuk mengajak sebab memang aku totally free untuk 3 bulan. Akan ku cuba sedaya upaya untuk memenuhi segala jemputan kahwin ke, ape ke. Kalau nak jemput jadi fasi pon boleh kot, sebab sekarang sudah sedar kepentingan interpersonal skills. Mungkin tidak terlambat lagi rasanya untuk mengasah bakat yg terpendam bukan.

last picture from the camera before it went off...
Steak sedap naje namanya....

p/s: gambar dicuri secara amik dan bagitahu dari FB iji ngan wak...harap dihalalkan...sianlah pemilik blog yg xde kamera ini....


Summer here I come....

Tuesday, May 4, 2010

Freshman....

Nampaknya hanya tinggal 2 minggu lagi untuk aku dan rakan-rakan perjuangan menamatkan Freshman year, tahun dimana semua masih boleh dikatakan noob dengan kehidupan di RIT : no offense ;). Semua juga sudah mula mengorak langkah masing untuk menentukan hala tuju hidup. Ada yg sudah mengambil subjek Minor dan ade juga mengambil subjek wellness dengan berjayanya. Ada juga yg menyatakan bahawa subjek wellness itu untuk sesi menguruskan badan untuk balik ke Malaysia yg mungkin tinggal 2,3 minggu lagi bagi beliau (siapakah??? haha....)


ku mahu pulang

Oh tidak, teringat pasal balik ini mengingatkan duit yg masih tersemat dalam bank tanpa digunakan disebabkan tiada tiket yang murah untuk balik summer. Kepada pembaca2 sekalian, sesiapa jumpa tiket yang agak murah silalah tanpa segan silu memberitahu aku secepat mungkin. Dengan ini juga harapan untuk balik Malaysia masih 50-50 lagi. Hanya bergantung dekat harga tiket sahaja.

Bila cakap pasal balik juga, terkeluarlah cerita pasal final exam. Rakan-rakan di universiti lain sudah mula mengorak langkah ke medan peperiksaan, namun kami di RIT tetap tabah pergi ke kelas lagi tanpa memonteng walau sekalipon. Ok ini tipu, pemontengan kelas amat berleluasa ditambah dengan kelas pukul 8. Namun sekarang sudah tidak boleh ponteng lagi kerana markah attendance sudah menunjukkan penurunan mendadak. Walaupun menulis blog ini pada pukul 2.30 pagi, aku tetap berazam untuk pergi ke kelas esok. Amin...Good Luck kepada semua yg akan mengambil exam di mana jua anda berada.





eh, aku sudah grad ke? Semestinya tidak. Ini adalah gambar sewaktu Graduation Night RIT Class of 2010. Untuk semua senior aku yang sudah menghitung hari untuk balik ke Malaysia, some will stay though, Good luck untuk masa depan korang semua. Ada yang nak bekerja, ada yang sambung OPT, ada yang sambung Master, ada yang sudah nak kahwin(betul ke, kalo betul jemput ok time summer) dan ade yang masih samar-samar masa depan (owh tidak mengapa, rezeki korang akan tetap ade, biar masa yang menentukan). Korang semua senior yang amat baik, namun apakan daya, korang tetap akan meninggalkan kampung RIT yang aman dan damai ini. Tidak mengapa, akan kami berusaha mendamaikan dan memakmurkan lagi RIT ini. Haha.

Antara warga kampung RIT yang aman dan makmur.....


Lastly, Senior RIT 2010.....

*(excluding guitarist and singer)