Showing posts with label Childhood Memories.... Show all posts
Showing posts with label Childhood Memories.... Show all posts

Saturday, October 16, 2010

Childhood Memories: Tadika Teluk Sisek

Aku dulu time sekolah mesti jauh dari rumah. Memang kena bangun awal naik van pergi sekolah. Sekolah pertama aku yg jauh ialah Tadika Teluk Sisek, sebuah tadika kepunyaan bangsa Cina kot, tapi pelajar berbilang bangsa gitu. 1 Malaysia memang sudah dipraktikkan dari dulu actually.

Tapi dekat sekolah ini ramai pelajar lelaki pakai seluar pendek, tapi aku  pakai je seluar panjang. Tutup aurat gitu, actually mmg tak biasa seluar pendek. Tahun sebelum tu blaja dekat Taski ABIM, lagi la, baju melayu pakai pegi kelas kan.

Penat woo g tadika...
Memori yang tak boleh lupa kat tadika ni ade sekali waktu rehat, seperti biasa aku tengah makan sosej goreng potong 8 mak aku bekalkan dari rumah. Waktu tu rehat dan ramai la main-main. Tadika la katakan. Tibe-tibe ade sorang mamat nie, pergi kacau aku tengah makan, die amik bulu ayam yang warna coklat tuh, pergi main-mainkan dekat telinga aku. Sekali tepis buat lagi, kena kejar satu tadika.

Ade la mamat tu dalam gambar ni, tapi aku da tak ingat yang mane....
Bila dapat kejar dia, dengan selambanya aku tiru ala-ala wrestling, amik kaki dia dan hempas sampai jatuh. Punya la tak pikir lepas je die jatuh atas simen kan. Menangis mamat tuh dan aku pon dengan cuaknya masok kelas dan sorok. Sorok kat mana, bawah meja yang paras lutut tuh. Baring je dengan harapan cikgu tak jumpe, padahal obvious boleh nampak. Then mak budak tu datang, mujur tak kena apa-apa. Cuma budak tu kena masok hospital kot, tak pergi tadika. Tapi aku dengan penuh rasa tanggungjawab pergi rumah die main congkak. Hahaha....

First graduation, 2006...
Apa-apa pun berjaya grad dengan berjayanya dari tadika nie. Haha. First graduation tuh, pointer 4 flat kot waktu tuh. Tak dapat best student sebab kes disiplin. (Entah ade ke tak kan).

Tuesday, August 24, 2010

Childhood Memories: Lenyap Ditelan Zaman 2...

Sejak entry semalam, aku pon asyik terpikir apa lagi benda yang semakin lenyap ditelan zaman aka dimamah usia. Akhirnya aku jumpa lagi beberapa perkara yang memang budak sekarang agak susah nak jumpa.

1. Buku Sticker Pokemon
Remember?
Source
Dulu kalau balik sekolah, then singgah kedai runcit beli sticker harga 20 sen. Dalam paket sticker tu ade 5sticker then tampal dalam buku. Kalau bernasib baik dapat buku free. Aku selalu duduk paw buku free ni, sebab nak beli buku tu mahal, RM 2.  Hadiah waktu tu memang macho, PS 2 dan basikal. Memang berbuku-buku hantar harapan nak menang. Tapi aku rase tak pernah aku dengar ade orang menang benda nie. Then ade jugak la stiker pemain bola n etc yg nak tiru ni. Tapi aku rase yang pokemon ni je yang awesome.

Pengganti:

2. Komik Dragon Ball aka Mutiara Naga
Mutiara Naga.
Source
Komik ni memang aku tak jumpa dah sekarang. Dulu kalau nak bace komik ni, seingat aku die pelik sikit, kena baca dari kanan ke kiri. Kawan aku bgtau r, kalau die tak kelentong aku, sebab tulisan jepun memang dari kanan ke kiri. Cerita dragon ball nie memang jadi addiction untuk budak-budak sekolah la kan. Dulu waktu aku form 1, ingat lagi, bangun tido hari sabtu pukol 9.30pg teros pergi bilik TV. Bukan gosok gigi, tpi bilik TV ye. Penuh satu bilik TV tengok cerita nie.

Pengganti: Manga, One Piece

3. Digivice
Jom Battle!!!
Ni lagi satu permainan waktu kecik yang aku rase lenyap ditelan arus pembangunan. Sebab dia 2D saje, mane boleh challenge PSP dan setaraf zaman sekarang kan. Seingat aku, aku tak pernah ada benda nie, tapi aku melibatkan diri secara langsung jugak dalam permainan ni. Pinjam kawan aku punya sapa ade lebih, then bagi makan dlu monster tuh, tak bagi makan mati kang. Then battle, tekan laju-laju. Sebelum battle kena cantum dulu Digivice ni, baru boleh battle. Sekarang da tak jumpa da.

Pengganti: The Sims...

4. Brick Game, 9999 in 1
Ada jual kat pasar malam,,RM 10
Source
Sapa ingat brick game ni? Kalau dulu aku tengok ada orang nangis nangis lagi suruh ayat beli benda ni kan. Nampak macam berbaloi ade 9999 game dalam 1 tapi realitinya aku rasa sikit jek. Tengok kecik-kecik kita da kena kelentong dek game nie. Kalau brick nie aku paling suka main lumba kereta tiga lane tu, dengan susun brick. Dan memang 2 game ni je yang aku ingat. Haha. 

Pengganti: PSP

5. Game Boy dan Game Boy Advance 
2 generasi Gameboy...
source
Gameboy ni popular waktu aku tengah darjah 6. Game yang awesome selalu aku main game motocross. Memang siap boleh buat backflip apa suma lagi. Waktu nie zaman kegemilangan main pokemon gitu. For sure bukan aku punya kan, tapi aktiviti pinjam meminjam biasa la kan. Haha. GBA pulak keluar waktu aku da nak masok F1 kot. GBA ni ade improvement dri segi nak pegang macam controller game sikit kan. Aku main yang game boy color, yang biasa dwicolor tu aku tak pernah main. Game ni nak main kena ade tape game, ala-ala Polystation tuh. Haha. 

Pengganti: PSP

6. Polystation

Ini da ada berapa da kat rumah aku...sume hancur
source
Ini another game yang memang hilang la kan. Bukan PLAYSTATION tapi POLYSTATION. Hehe.  Game popular adalah game Mario. Memang best. Da lama jugak aku tak main mario ni. Satu lagi game best adalah game tembak-tembak burung tuh. smpai kdg sentuh skrin TV nk tmbak. Punyalah dekatnya kan. Tapi benda nie selalunya tak kekal lame. Dengan aku adik beradik 5 org bergadoh nak main, mmg ade je tangan-tangan gatal baling benda tunjuk tak puas hati. Waktu tu sume tak matang lagi kan. Haha. Tapu agak bes sebenarnya main benda nie.

Pengganti: PS 1(sekarang pon da tak da) n PS 2


Footnotes:
Baru aku perasan untuk entry ni, mostly about game, bukan random stuff. Aku da perah memori nak cari random stuff, tapi memang jumpa pasal game je. Nanti wait for next entry plak. Hehe.

Actually ade lagi yang aku pikirkan, tapi cukup setakat nie dlu. Penat da. Nanti aku sambung lagi. Agak best teringat balik zaman main benda benda nie kan, kalo ayah tak nak beli menangis tak ingat punya. Haha.

Sapa yang rase ade lagi benda nak ditambah, boleh tinggal kat komen. Boleh kembalikan ingatan aku balik dan kongsi-kongsi kan. Hehe. 

Monday, August 23, 2010

Childhood Memories: Lenyap Ditelan Zaman...

Baru-baru ni ada klik satu link dekat FB tentang  Top 10 Things Today's Kids Will Never Experience. Boleh tekan link untuk bace description for each of it. Bawah nie adalah list 10 perkara yang tidak akan dialami budak zaman sekarang. 


  • Camera Film 
  • Landline Phones 
  • Real Books 
  • Being Lost 
  • Music Videos on MTV 
  • Walkmans 
  • The Glory Days of Nick at Nite 
  • Tan M&Ms 
  • Czechoslovakia 
  • Arnold Schwarzenegger, the Terminator

Bila baca benda ni, memang aku sedar yang masa ini cepat sangat berlalu. Perkembangan teknologi jugak amatlah pesat. Aku tertarik untuk ulas sebahagian daripada benda-benda ni. Hanyalah untuk suka-suka dan membuktikan aku masih anak kampung. Actually kid yg dimaksudkan adalah budak-budak zaman millenium yang lahir pada abad ke 21 ini. 


1. Camera Film. 
Budak budak zaman sekarang hanya kenal kepada kamera digital sahaja. Kamera yg guna filem ni mengajar kita banyak pengajaran. Kalo guna kamera ni, kita haruslah membayar harga yang besar untuk mendapat peluang kedua. Kalau kamera digital, dengan single click, gambar yg tak lawa boleh dibuang. Kamera filem?, kesalahan itu akan kekal dan menyebabkan kita lebih berhati-hati untuk snap yang lain.  
Mana nak taw tgh nangis ayah aku tangkap kan, tapi tak boleh delete or repeat daa...
So, tersematlah gambar menangis ini dalam Album selama hampir 17 tahun. 
Guna kamera filem ni juga suruh kita bersabar, bukan boleh view terus, kena tunggu cuci, dan baru boleh tengok. Kamera filem jugak ajar kita erti menghargai. Kita kena simpan gambar yang diprint tu se elok eloknya sebab harga yang mahal untuk sekeping gmbar. Filem kodak dan kos nak print jadi 4R punya gambar, memang agak mahal untuk zaman dulu dulu. Jadi kita kena hargai  setiap keping gmbar. Dan akhirnya, budak-budak zaman sekarang tak ada gambar-gambar old school macam dibawah :-



Melaka, 1995 kot...

SKT 2002...
2. Landline phone.
Di Malaysia, aku rase benda ini tidak ketara, tapi disebabkan article atas tu adalah US based(kalau tak silap aku), tu sebab tersenarai tuh. Tapi tidak mustahil benda ini akan berlaku di Malaysia dalam beberapa generasi lagi. Handphone sudah pandai digunakan oleh budak seawal umur 7 8 tahun. So memang dalam beberapa generasi, Telekom Malaysia mungkin hanya boleh mengharapkan keatas subcription internet streamyx sebagai sumber pendapatan utama. Dan Celcom Maxis Digi juga patot bukan hanya mengadakan Upax, ataupon School of X, tapi Kindergarten Promo pack mungkin. 
Model first HP aku, RM250 uoolls...
Gambar ihsan Google..
Aku hanya dapat phone lepas PMR. Tu pon beli duit ayah aku bagi lepas dapat result PMR. Tapi mungkin zaman lagi maju, adik aku dapat phone waktu form 1 lagi. Tu hanya beza 3tahun. Tapi, ramai jugak kawan aku yang xda landline phone. So mmg terbukti yang dalam 2 3 tahun lagi, memang budak-budak tak akan kenal apa yg kita slalu panggil sbgai "telefon rumah".


3. Real Books. 
Ini mungkin dirasai budak zaman sekarang. Dulu kalau belajar nk UPSR, guna DIDIK keluaran berita harian, Setiap hari selasa, kena beli Berita Harian ngan cikgu, harga 70sen. Sebab harga didik tu je actually. Lari topik sikit, tapi nk cerita gak pasal didik nie. Aku dulu kalau hari rabu 2 waktu sebelum rehat, memang muka yang akan kena rotan then duduk luar kelas. Sebabnya, didik tak siap section BI. Boleh kata rutin mingguan aku da. Pasal real book, memang agak mustahil budak sekarang nak rujuk encyclopedia nak taw something kan. Kalau yg reti internet, wikipedia adalah sources terbaik. Google pon sama. Aku dulu nak buat sinopsis cerita Timulak Kapal Perang, abis satu buku aku salin balik then print. Tapi sekarang, kalu google pon aku percaya akan jumpa yang da siap. Boleh copy paste. 
Ada tak budak sekarang cari word dalam kamus berjemaah macam 2 org ini?
Lagi satu, dictionary. Dulu siap cikgu buat lumba sapa dapat cari perkataan dalam dictionary dengan cepat. Sekarang, Wordweb memang jadi rujukan aku, even adik aku pon guna wordweb nak tahu maksud perkataan. Sekarang ini ada satu lagi trend, MLM yg jual SKOR A. Ni macam jual latihan berkomputer untuk anak-anak, then mak ayah boleh cek prestasi online. Mana hilangnya cara lame, buku latihan, pen merah, pembetulan sebelah soalan,? Semua hilang ditelan zaman. 


4. Walkman
Ini pon dulu menjadi kegilaan waktu time aku dulu darjah 5,6 dulu. Sapa yang ade walkman time tu memang macho r lebih kurang. Aku dapat walkman mak aku beli lepas aku UPSR, dekat Mydin kalo tak silap. Then kaset rembat je mana mana kaset dalam rumah waktu tuh. Tapi akhirnya aku sedar memang aku tak da bakat dengar music ni, sebab at last walkman aku da tak kluar bunyi pape, tapi still aku tak sedar. Konon dengar walkman sambil baca buku macam awesome, tapi last last aku bace buku sambil ignore walkman. Oh! nerd disitu. Haha.
Walkman aku dulu bentuk macam nie, tapi jenama cikai, bukan sony okeyh...:)
Ihsan Google. 
Tapi kalau budak sekarang, Sony Walkman, model hanset tu mungkin diorang kenal. Walkman kaset tu, memang da tak kenal kot. Dengan MP3, Mp4, Ipod dan macam macam option yang lagi kecik dan murah, memang walkman lesap ditelan zaman. Aku pon dapat pegang ipod waktu aku kt intec, tgok ade membe pakai ipod touch. Itu first time aku tengok product apple depan mata. Amat kampung disitu. 


5. Arnold Schwarzenegger, the Terminator
Dia ni first time aku dengar nama waktu pelakon lagi, tapi zaman-zaman aku sekolah jugak la die naik jadi governor California tu. Waktu tu badan die tuff n fit, sekarang macam dah tak jek. Mungkin da masok era-era tan sri kalau kawan kawan aku paggil. Nak tahu ape era tan sri, itulah zaman kegemilangan perut membesar. 
Then and Now
Sources
Cukuplah review 5 benda nie, itu je yang aku rasa menarik untuk dikongsi. Haha. Lagipon aku mana jumpa M&M or cerita The Glory Days of Nick at Nite. Untuk Malaysian, mungkin kite boleh tukar M&M dengan gula 20sen yang kalau beli dapat cincin tu. Sapa ingat? Dan kalau cerita tu mungkin boleh tukar dengan Senario, ataupun Sinaran Passport Kegemilangan. 

Dan lagi satu, sapa ingat biskut ni,

Oh biskut gula keras dekat atas, I miss you...=(
Ini memang biskut yang craving gile, amat sedap tapi sekarang macam susah nak jumpa jek. Agak-agak budak zaman sekarang suka lagi tak biskut nie? Akan aku cari biskut nie before pergi US, nak bawak pegi sane sekali. Haha.


Friday, August 20, 2010

Childhood Memories: Hari Jumaat

Hari Jumaat ini amatlah sinonim dengan Sembahyang Jumaat. Mesti itu perkara yg difikirkan mula-mula kan. Bila da tua sikit, mula lah Surah Al-Jumaah mengisi ruang kotak fikiran dek nak tido pada malam Khamis. Pikir  sembahyang subuh pagi esoknya amat lamanya nk abis.

Tapi memori hari Jumaat yg nak diceritakan lain sikit. Baru-baru ni waktu tengah lepak dekat kedai minum Tea 'o' ais, terbuka lah cerita pasal budak-budak bising dekat masjid. Memang bising yg amat, kalau pergi masjid depan rumah aku nie, suara imam bg khutbah kalah dengan suara budak budak menjerit-jerit kat belakang. Memang bising sampaikan aku rase mcm  tak pernah dgr khutbah Jumaat dekat masjid nie dengan penuh penghayatan.(aiseh, kalo masjid lain tido jugak, tpi masjid nie nak tido pon tak boleh.)
Ade rupanya restoran Tea O Beng, aku reka je mula-mula tadi...
Then, bukak cerita bile ade VVIP datang masjid untuk sembahyang Jumaat.( Aku serius tak sure boleh ke tak letak nama or pengenalan diri beliau, so biarkan anynomous ok). So, bila VVIP nie datang die akan bagi duit kiranya sedekah untuk budak-budak yg datang sembahyang.

Dialog di kedai tea o ais...

A: tak sempat abis salam kedua, da penuh satu barisan panjang, Siap bertolak-tolak, rapat gilo tak bagi orang mencelah.

Aku: Bergegar masjid imam bagi salam, bising mmg tak ingat la kan.

B: Aku lalu kt depan barisan siap kena sound, "Bang, jangan lintas bang"

A: Berapa ringgit ek dapat beratur tuh

B: Dua ringgit kan. Tak silap aku.

Aku: Zaman aku beratur dulu seringgit jek.

C: Aku dulu siap beratur amik 2 kali lagi. Haha.

Dan semuanya gelak. Yes, aku dulu pon pernah beratur macam budak-budak tu sekarang. But sesiapa yg membesar dekat perumahan aku memang akan mengalami experience itu. Tipu siapa yang tak.

Duit dapat tu buat ape? Aku rase 80% duit yang diberi oleh VVIP tadi, budak-budak(termasuk aku sekali, once upon a time) abiskan beli cekedis, atau dalam bahasa lainnya jajan, dan aiskrim pop berharga seposen. Nak kumpul duit belanja sekolah beli jajan memang susah la kan waktu dulu-dulu, sekarang mungkin boleh. Mana tak nya, belanja mau 2-3 ringgit sorang, aku dulu seringgit jek. Ok aku bersyukur sebab kakak aku dulu 50sen je kalau x silap. Tak pe, die perempuan. Tak da kaitan pon actually.

Kalau tengok ade kereta ni parking depan masjid dulu-dulu, mesti berkobar-kobar nk sembahyang Jumaat. 
Cuma aku nak nasihat sikit dekat budak-budak tuh, even aku taw korang tak kan baca kan, but nnti mana taw besar nnti korang akan stalk aku ke, tolonglah senyap sedikit time orang sembahyang tuh. Nak beratur pon, tunggu abis bagi salam bace doa ke. Ni tidak, time sembahyang pon bising, imam sebut Allahuakbar pon sayup sayup bayu je dengar.

 Tu je lah memory aku sembahyang jumaat dekat Perumahan Bukit Rangin. Tapi angin tak banyak pon dekat sini.