Showing posts with label poem. Show all posts
Showing posts with label poem. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

The Shattered Mirror.

Did we ever consider that the broken mirror can be a whole again?

Or maybe we are more concern about the crack that left rather than about the mirror that reform?

Lets put the shattered glass together again, shall we?

So that I could see an image of myself again, not 2, and not 3. Not even thousand!

To make sure I can still see myself from a perspective.

And I don't have to move myself left and right, to fit my whole image into the broken glass.

Even so, I still couldn't fit my whole self into all of the shattered glass either.

But why the mirror was broken at the first place?

Was that a rock thrown that directly hit the mirror?

Or was that resonance that vibrates the mirror so violently that shattered all the glass away?

Or was that the pieces were too old to hold themselves together and suddenly broken away?

I don't have a clue or a glue. I wish I had.

Does it makes any different for now?

As the shattered glasses were swept away, by the wind of time?

I want to catch every pieces of it, keep it in a safe place. Until the time I had the glue.

But it were broken glasses for God's sake. Hurting myself more if I try to catch it.

Don't worry, the story does not end here. Same goes to the sadness.

Here come the sad part.

I don't remember how I look like in those mirror.

To rephrase that, I don't remember when the last time I look through the mirror.

I sometimes don't notice the mirror was there.

I don't clean them from dust, put them up to be seen.

I walked through the mirror back and forth, without stopping to appreciate it.

One day, it shattered away.

Speechless? I am. Crying? Done that.

It just because I don't appreciate it when its there!

Talking about past wasn't doing any good, right?

The mirror will not resemble again despite the words and tears.

So lets talk about reality.

I have shattered glasses everywhere, that seems hard to be resembled.

Maybe it's good to leave it that way.

or trying to find the clue and live with it.

or trying to find the glue and put it together.

It doesn't seem easy in near future though.

Finding a new mirror? No it is irreplaceable.

No definite solution might best describe the situation.

That's fine for now, I'll live with it.

La Tahzan, Innallaha Ma'ana.


Wednesday, November 14, 2012

Redhaku Dimulut atau Dihati?

Tika diberi satu nikmat, 
hamba Allah tidak teringat, 
Itu hanya satu alat, 
Untuk menguji persedian Akhirat. 

Pelbagai perkara aku lalui, 
Pelbagai pelajaran aku dapati, 
Namun tiada ibrah yang mengikuti, 
Perjalanan hidup sehari hari.


Sifat manusia memang begitu, 
tidak akan menghargai sesuatu, 
Sebelum hilang tidak ketemu, 
Menyesal pula tidak membantu. 

Ingin aku ceritakan, 
Kisah aku kepada teman, 
Agar menjadi suatu pengajaran, 
Bukan niat untuk perhatian. 

Pernah aku suatu masa,  
Tidak bersujud buat seketika, 
Batasan fizikal yg tidak disangka, 
Sungguh membuatku cukup kecewa. 

Tidak mampu diri ini, 
Menyembah bumi menyeru Illahi. 
Baru mngetahui nilai sejati, 
Nikmat sujud kepada Illahi. 

Kadang kala kita alpa, 
Semua nikmat tuhan yang punya, 
Kita anggap kekal selamanya, 
Diambil mudah dan sambil lewa.


Mari kawan kita semua, 
Hargai nikmat yang kita ada, 
Terutama keluarga yang tercinta, 
Sekali hilang tiada gantinya. 

Keluarga itu nikmat Illahi, 
Yang harus kita syukuri, 
Jangan dibiar sekali kali, 
Sementara masih bernafas dibumi.

Bayangkanlah wahai para teman,
Tanpa keluarga memberi sokongan, 
Mampukah kamu mara kehadapan,
Menghadapi liku liku kehidupan?

Wahai ayah dan ibuku,
Tidak mampu kubalas pengorbananmu,
Walau setinggi gunung usahaku,
atau seluas lautan ikhtiarku. 

Kepada ayah dan ibuku, 
Ingin aku kucupi tanganmu, 
Berterima kasih kerana menjagaku, 
Memohon ampun kerana khilafku,


Kakak dan adikku yang diingati,
Walaupun apapun yang terjadi,
Jangan sesekali pertalian darah ini,
 Diputus dirobek sama sekali. 

Mungkin aku tidak sempurna, 
Menjadi anak lelaki yang berguna, 
Namun akan kucuba sedaya upaya, 
Agar menjadi manfaat bersama. 

Sungguh demi Allah yang satu, 
Aku sayang akan keluargaku, 
Janganlah ditarik nikmat itu, 
Namun takdir itu milikMu.


Ya Allah Ya Tuhanku, 
Takdirkanlah yang terbaik untukku, 
Sesungguhnya aku antara hambaMu, 
Yang sentiasa mengharap kepadamu atas setiap sesuatu. 

Ya Allah, jika ini takdirMu, 
Aku terima ketentuan itu, 
Kerana aku yakin akan janjiMu, 
Inilah yang terbaik bagiku. 

Ya Allah Ya Rabbi,  
Jadikanlah redha dimulut ini
Tersemat kental didalam hati, 
Supaya ku yakin mengabdi diri.


Sekian saja coretanku ini, 
Sekadar luahan dimalam hari, 
Ambillah ibrah yang dijumpai, 
Tinggalkanlah khilaf yg tersembunyi. 



Tuesday, July 10, 2012

Berinti Peria, Berselaput Gula.


Satu penipuan jika kukatakan, 
Jahilliyyah itu tiada kemanisan, 
Bahagia dalam setiap tindakan, 
Yang jauh dari landasan. 

Namun tidak aku sedari, 
Manis itu tidak abadi, 
Berteraskan pahit tak terperi,
Hanya bertujuan untuk mengaburi. 

Manis itu sedap kumamah,
Sehingga pahit datang menjengah,
Aku ingin berpaling tadah, 
Dari cengkaman Jahilliyah!

Palingan itu tidak lama, 
Pengaruh Jahilliyah datang semula, 
Tidakku kuat menangkis segala,
Kemanisan yang berganda-ganda. 

Manis itu mahal harganya, 
Walaupun ia hanyalah sementara, 
Kesannya tidak pergi jua, 
Ditambah pahit di terasnya. 

Pahitnya sehingga terduduk!
Tetapi Allah sudah tuliskan, 
Hanya Dia yg berpengetahuan, 
Kenapa aku diberi kemanisan, 
Dan pahit di pengakhiran. 

Cemburu daku kepada si teman, 
Azalinya terpelihara tiada celaan, 
Kelihatan lengkap dari luaran, 
Jauh jahiliyyah sebagai cabaran. 

Aku sedar akan sesuatu, 
Dalaman mereka siapa yang tahu, 
Cabarannya yang tidak menentu,
Mungkin lebih hebat dariku.
Liku pada jalan itu menjadi saksi di hari pengakhiran! 
Perjalanan kita mungkin berbeza, 
Dek perbezaan daya upaya, 
Namun tujuannya tetap sama, 
Pengembalian pada Yang Saksama. 

Selepas refleksi kejadian ini, 
Aku yakinkan akan diri, 
Terdapat hikmah yang tersembunyi, 
Disebalik segala aturan Illahi.

Jahiliyyah memberi daku kanta, 
Disaat mataku rabun membuta, 
Untuk mengenal serpihan kaca, 
Ataupon kilauan butiran permata

Taktala teman sudah berkanta,
Aku masih meraba-raba, 
Namun aku harus redha, 
Sesungguhnya inilah takdirNya!

Kanta itu sungguh berjasa,
Mengajar aku pengajaran berguna,
Bahawa hidup sekali sahaja,   
Oleh itu jangan disia. 

Ukhuwah Fillah!
Tidak juga aku lupa, 
Allah memberiku rakan sahaya, 
Yang datang membawa cahaya, 
Menyuluh jalan agar tidak buta. 

Marilah kawan mari teman, 
Mungkin kita berbeza jalan, 
Carilah kanta dan perhatikan, 
Kaca dan permata dihadapan. 

Wahai kamu temanku, 
Elaklah kaca dijalanmu, 
Kutiplah permata yang beribu, 
Buat berjumpa Allah Yang Satu!

Syukur ingin aku ucapkan, 
Kepadamu Allah ya tuhan, 
Kantamu akan aku gunakan, 
Untuk terus berada dilandasan. 

.
Farhan Syahir
 9 Julai 2012
3:21 AM
Kuantan, Pahang. 

Tuesday, December 13, 2011

Kerna Allah Masih Sayang


Dugaan datang menduga-duga, 
Sebagai peringatan untuk si hamba, 
Agar merintih pada yang Esa, 
Tuhan sekalian alam semesta. 

Teringat aku dek masa lalu, 
Kereta rosak otak buntu, 
Muka masam hampir seminggu, 
Mengenang nasib yang tidak menentu.

Revolusi diri telah berlaku, 
Peristiwa silam mendidik aku, 
Untuk menjadi lebih berilmu, 
Menghadapi cabaran yang beribu.

Cabaran ini bukan diminta, 
Tapi aku amat mensyukurinya, 
Ia datang tepat masanya, 
Menyedarkan aku yang terlena.

Mungkin ini satu persediaan,
Untukku menghadapi masa hadapan, 
Yang masih tiada tetapan, 
Cuma ada sebuah keyakinan. 

Mungkin juga suatu bukti, 
Tentang kebenaran kalam Ilahi, 
Hayatilah ia muhasabah diri, 
Perbetul niat bersihkan hati. 

Hatiku tidak sekuat mana,
Kecundangnya juga tidak dijangka,
Namun aku harus berusaha,
Kerana ini persinggahan sementara.

Sungguh aku ada celanya, 
Tapi terimalah ia seadanya, 
Jika ada syak wasangka, 
Minta penjelasan sebelum mengadilinya.

Tidak terniat dek diri, 
Untuk penting diri sendiri, 
Jangan kerana ego sendiri, 
Nilai persahabatan telah diperjudi. 

Harta bukan masalah utama, 
Tapi ukhuwah harus dijaga, 
Kuminta maaf silap segala, 
Kepada anda sahabat semua.

Buat sahabat yang disisi,
Ayuhlah berjuang dijalan ini,
Kuatkan semangat tabahkan hati,
Janji Allah pasti terjadi.

Jangan sekali berputus asa, 
Rahmat Ilahi dimana mana, 
Mungkin tiada rezeki kita, 
Mendapat harta tika didunia. 

Namun ingat akhirat jua, 
Tempat dibicara seadil-adilnya, 
Setiap manusia lain perjalanannya, 
Namun pengakhiran itu sama. 

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, 
Itu percaturan sang pencipta, 
Hanya Dia mengetahui segalanya, 
Percaturan hidup manusia didunia. 

Tidak kucoret meminta belas,
Tidak pula mengharap balas,
Ini cuma peringatan ikhlas
Buatku dan teman andai terbabas.

Ayuh teman mari berjuang,
Mari menoraka alam terbentang,
Jangan dihirau susah senang,
Kerna Allah Masih Sayang.


Kerna Allah masih sayang. 


Sunday, September 11, 2011

Rezeki itu 'fragile', Allah itu kekal.

Allah itu Maha Kuasa, 
Kuasa itu tiada bandingnya, 
Menarik rezeki sekelip mata, 
Tiada yang mampu menghalangNya.

Allah beri nikmat berlari, 
Ku pergi sana dan sini, 
Sungguh sombong insan ini, 
Mengucap syukur tidak sekali. 

Kini ku tak lagi berlari, 
Namun kaki masih berdiri, 
Perasaan geram didalam diri, 
Menyalah takdir  Illahi.

Sifat manusia memang begitu, 
Sombong angkuh tidak menentu, 
Tak dihargai nikmat itu, 
Sehingga hilang tak bertemu. 

Allah ambil nikmat berlari, 
Ku mengeluh tak terhenti, 
Mungkin aku terlupa diri,
Nikmat lain yang diberi. 

Aku hanya tidak berlari, 
Itu sudah menggoncang emosi, 
Tidak terpikir dek diri, 
Perasaan orang tidak berkaki. 

Mesti terselit disana sini, 
Hikmah kejadian ini terjadi, 
Walau yang nyata disini, 
Aku tidak lagi berlari. 

Mungkin ku tidak menghargai, 
Sekeliling aku banyak rezeki, 
Aku buta dengan duniawi, 
Tidak teringat dek Illahi. 

Mungkin ini kecil bagimu, 
Namun ia tidak bagiku, 
Sungguh berat kekurangan itu, 
Peringatan buatku dari Tuhanku. 

Tapi Allah ada berjanji, 
Tidak melampau dalam menguji, 
Ku yakin janji Illahi, 
Mampu ditempuh ujian ini. 

Wahai sahabatku yang dikasihi,
Walau kamu hanya memerhati,
Ambillah pengajaran daripada ini, 
Muhasabah diri, syukuri rezeki.

Ya Allah Ya Tuhanku, 
Ku panjat syukur buatMu,
Atas rezeki melimpah dariMu, 
Kepada semua hamba-hambaMu. 

Sunday, May 1, 2011

Zaman Kegelapan Itu

Allah pernah menduga,
Menguji hati yang lara,
Dengan seluruh perhiasan dunia,
Meniti hari penuh bahagia.

Wang dan juga wanita,
Mengaburi mata sang pemuda,
Hanyut di alam remaja
Persis ombak lautan bergelora.

Tidak tersedar dari lamunan,
Tiada nasihat dari teman,
Yang ada bisikan syaitan,
Mengheret ke alam kemaksiatan

Tidak tersedar sang pemuda
Kebahagian itu hanya sementara,
Yang kekal hanyalah dosa,
Sedia mengheret ke neraka.

Syukur Allah masih menyayangi,
Ditunjuk jalan yang hakiki,
Sang pemuda menginsafi diri,
Memperbetul kesalahan yang terjadi.

Namun ada perkara menghantui,
Perkara lampau menjengah kembali,
Kesalahan yang mustahil diperbaiki,
Hanya mengharap ihsan Illahi.

Hanya maaf mampu mengiringi,
Perasaan sesal diri ini,
Kepada tuan empunya diri,
Maafkan daku wahai saudari

Harapan aku hanyalah satu,
Kepada diri yang lemah ini,
Jangan diulangi kesilapan lalu,
Kerana sakitnya tidak terperi.

Tidak aku menyalah takdir,
Ada hikmah sebabnya hadir,
Mungkin pengajaran disebalik tabir,
Untuk peringatan umat muktahir

Takdir Allah amatlah pasti,
DikataNya jadi, pasti terjadi,
Mungkin buruk dimata ini,
Namun terbaik disisi Illahi.

Kepada sahabat dan rakan,
Aku mempunyai satu harapan,
Tergelincir aku dari landasan,
Taburkan teguran dibiar jangan.
Ukhwah Fillah (credit to Eriq)  
 Wahai Zaman Kegelapan,
Yang penuh godaan syaitan, 
Tidak teringat dek tuhan, 
Pergilah engkau tanpa berteman.

Thursday, January 15, 2009

invictus,,,


INVICTUS

Out of the night that covers me,
Black as the Pit from pole to pole,
I thank whatever gods may be
For my unconquerable soul.

In the fell clutch of circumstance
I have not winced nor cried aloud.
Under the bludgeonings of chance
My head is bloody, but unbowed.

Beyond this place of wrath and tears
Looms but the Horror of the shade,
And yet the menace of the years
Finds, and shall find, me unafraid.

It matters not how strait the gate,
How charged with punishments the scroll,
I am the master of my fate:
I am the captain of my soul.

William Ernest Henley


i had to read the poem in front of the class..
such a nice poem actually...
i like the last 2 sentence...
it pictures the spirit of the author....
btw..
the title invictus is in Latin mean unconquerable



so what the title mean 2 me???
i will not be conquer by the bunch of workS to do..
haha...hope so....
the work will not pressured me at all...hope so(Again)
I am the master of my fate
I am the captain of my soul.
haha...just the repitition..


Friday, October 24, 2008

the last day poem....



2day is the last day for me to be glendalian....
haha
so sad...hehe

during the writing class we have been asked to write a poem...
what poem...everything n anythng..
i'm writng a poem...haha
but i guess i can... just write...hehe
for the topic i copy from lagu(not a song....a prson)...
it is about glendale...
hehe..


this is part of my poem...
i rmember this prt coz it hve the same tone...the othrs i think not...
haha

glendale
the class full of joy
with it 24 prince n princes
make the class alive
i forget the 2nd stanza...hehe-
this is the 3rd...

glendalian
we have joy together,
we have done thing together,
we have gone lecture together,
but, we can't forever be together.....


jiwang x??
haha....nothng at all...
i also dunno how i can came with such poem.....


to all glendalian,..
thank for all the joy n what we hve gone through for the last 4 month,....
gud luck for the final.....and in ur life...