Nampaknya hanya tinggal 2 minggu lagi untuk aku dan rakan-rakan perjuangan menamatkan Freshman year, tahun dimana semua masih boleh dikatakan noob dengan kehidupan di RIT : no offense ;). Semua juga sudah mula mengorak langkah masing untuk menentukan hala tuju hidup. Ada yg sudah mengambil subjek Minor dan ade juga mengambil subjek wellness dengan berjayanya. Ada juga yg menyatakan bahawa subjek wellness itu untuk sesi menguruskan badan untuk balik ke Malaysia yg mungkin tinggal 2,3 minggu lagi bagi beliau (siapakah??? haha....)
ku mahu pulang
Oh tidak, teringat pasal balik ini mengingatkan duit yg masih tersemat dalam bank tanpa digunakan disebabkan tiada tiket yang murah untuk balik summer. Kepada pembaca2 sekalian, sesiapa jumpa tiket yang agak murah silalah tanpa segan silu memberitahu aku secepat mungkin. Dengan ini juga harapan untuk balik Malaysia masih 50-50 lagi. Hanya bergantung dekat harga tiket sahaja.
Bila cakap pasal balik juga, terkeluarlah cerita pasal final exam. Rakan-rakan di universiti lain sudah mula mengorak langkah ke medan peperiksaan, namun kami di RIT tetap tabah pergi ke kelas lagi tanpa memonteng walau sekalipon. Ok ini tipu, pemontengan kelas amat berleluasa ditambah dengan kelas pukul 8. Namun sekarang sudah tidak boleh ponteng lagi kerana markah attendance sudah menunjukkan penurunan mendadak. Walaupun menulis blog ini pada pukul 2.30 pagi, aku tetap berazam untuk pergi ke kelas esok. Amin...Good Luck kepada semua yg akan mengambil exam di mana jua anda berada.
eh, aku sudah grad ke? Semestinya tidak. Ini adalah gambar sewaktu Graduation Night RIT Class of 2010. Untuk semua senior aku yang sudah menghitung hari untuk balik ke Malaysia, some will stay though, Good luck untuk masa depan korang semua. Ada yang nak bekerja, ada yang sambung OPT, ada yang sambung Master, ada yang sudah nak kahwin(betul ke, kalo betul jemput ok time summer) dan ade yang masih samar-samar masa depan (owh tidak mengapa, rezeki korang akan tetap ade, biar masa yang menentukan). Korang semua senior yang amat baik, namun apakan daya, korang tetap akan meninggalkan kampung RIT yang aman dan damai ini. Tidak mengapa, akan kami berusaha mendamaikan dan memakmurkan lagi RIT ini. Haha.
Antara warga kampung RIT yang aman dan makmur.....
Lastly, Senior RIT 2010.....
*(excluding guitarist and singer)
No comments:
Post a Comment