Allah itu Maha Kuasa,
Kuasa itu tiada bandingnya,
Menarik rezeki sekelip mata,
Tiada yang mampu menghalangNya.
Allah beri nikmat berlari,
Ku pergi sana dan sini,
Sungguh sombong insan ini,
Mengucap syukur tidak sekali.
Kini ku tak lagi berlari,
Namun kaki masih berdiri,
Perasaan geram didalam diri,
Menyalah takdir Illahi.
Sifat manusia memang begitu,
Sombong angkuh tidak menentu,
Tak dihargai nikmat itu,
Sehingga hilang tak bertemu.
Allah ambil nikmat berlari,
Ku mengeluh tak terhenti,
Mungkin aku terlupa diri,
Nikmat lain yang diberi.
Aku hanya tidak berlari,
Itu sudah menggoncang emosi,
Tidak terpikir dek diri,
Perasaan orang tidak berkaki.
Mesti terselit disana sini,
Hikmah kejadian ini terjadi,
Walau yang nyata disini,
Aku tidak lagi berlari.
Mungkin ku tidak menghargai,
Sekeliling aku banyak rezeki,
Aku buta dengan duniawi,
Tidak teringat dek Illahi.
Mungkin ini kecil bagimu,
Namun ia tidak bagiku,
Sungguh berat kekurangan itu,
Peringatan buatku dari Tuhanku.
Tapi Allah ada berjanji,
Tidak melampau dalam menguji,
Ku yakin janji Illahi,
Mampu ditempuh ujian ini.
Wahai sahabatku yang dikasihi,
Walau kamu hanya memerhati,
Ambillah pengajaran daripada ini,
Muhasabah diri, syukuri rezeki.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Ku panjat syukur buatMu,
Atas rezeki melimpah dariMu,
Kepada semua hamba-hambaMu.
4 comments:
Manusia selalu lalai. Bila nakkan sesuatu perkara, sepenuh hati mahukannya, tapi bila dah dapat, kita lupa pada Yang Memberi.
Nikmat itu memang sentiasa pinjaman dari Nya, bila2 masa Dia nak tarik pun boleh. Tapi jangan mengeluh, kerana Dia mahu kita dekat kembali padaNya, rindu pada suara rintihan kita padaNya. Bersabarlah, semua dah tertulis di Luh Mahfuz, hanya Dia yg Maha Mengetahui.
point taken. Thank you for sharing. :)
ada talent tersembunyi neyh Paan..=)
Wanie it was actually fun. Try it.
Post a Comment