Sunday, January 8, 2012

Ilmu.

Akhir akhir ini selalu cakap pasal kepentingan ilmu. 
Ilmu tanpa amal, seperti pokok tanpa buah. 
Quick test: siapa yang tahu translation arab die, sila tinggalkan komen ye!

Ini adalah sesuatu yang kita dengar. Sesuatu yang kita selalu cakap apabila berbincang pasal ilmu. Sekarang mari kita lihat daripada sudut yang lain. 

Cuba bayangkan tika kita ingin menunaikan solat sunat yang tidak pernah dilakukan, tanpa ilmu kita harus merujuk kepada internet ataupun kawan-kawan ataupun scholar. Susunan sumber ini berdasarkan pengalaman sendiri.

Cuba kita bayangkan kalau kita ingin membaca doa saranan Nabi Muhammad s.a.w, seperti yang banyak terdapat dalam Al-quran. Kalau kita tak hafal doa itu, then setiap kali ingin membaca kena rujuk laptop, ipod, buku dan sebagainya? Susunan juga mengikut pengalaman penulis.

Cuba bayangkan tika kita ingin ingin mengimamkan solat jenazah ahli keluarga sendiri, tetapi ilmu itu tiada. Mampukah kita menghafal bacaan-bacaan itu ketika mereka sedang dimandikan? Dimana mungkin mata kita berlinang air mata. Terkesan dengan video ini --> {Anak asset ke syurga ke neraka?

dan macam macam situasi yang kita rasa ilmu itu TIDAK PERLU kerana amal itu JARANG-JARANG diperlukan.

I don't think I bring the idea well enough, but to make it short..
1. Kita mestilah sentiasa belajar perkara wajib dan perkara sunat didalam Islam. Walaupun kita mungkin tidak menggunakannya sekalipun.

2. Jangan memikirkan bahawa ilmu yang tiada kaitan dengan kita itu adalah worthless. Belajar sebanyak mana mungkin Ilmu di dunia dan ajarkanlah ia kepada orang lain. Jikalau kita mengajar ilmu yang bermanfaat, ia umpana setitik air jatuh diatas sehamparan air yang tenang. Gelombangnya meliputi keseluruhan permukaan.

3. Tanam azam untuk mengendalikan jenazah ahli keluarga sendiri. Jika tidak mampu mandikan, mungkin boleh tolong kafankan, jika tidak reti juga, mungkin boleh imamkan solatnya, jika tidak reti juga, mungkin paling kurang bawa turun jenazahnya. InsyaAllah.

4. Tidak semestinya ilmu yang dipelajari itu perlu diamal immediately. Dulu belajar ilmu seni dekat sekolah, ada sampai sekarang kita duduk melukis? Ilmu yang dipelajari itu meningkatkan pengalaman, mematangkan fikiran.

5. Cara paling senang jika tak tahu ilmu apa yang patut dipelajari. Panggil seorang kawan dan tanya dia "Bagitahu aku sesuatu yang engkau tahu tetapi aku tidak tahu". Seperti contoh, kawan kita jawab dia hafal surah sekian-sekian, jadi kita bolehlah start menghafal surah itu. Tapi kalau tidak mampu janganlah paksa diri pulak! xD

6. Cara kedua: tengok kawan yang rasa hebat sikit, jadikan sebagai bench mark, dan terus berusaha nak kalahkan dia. Persaingan sihat gitu.

Short note: Kalau dah rasa banyak ilmu, silalah tengok video ini.










2 comments:

Mohamad Nazrul Fazli said...

Al ilmu bila a'malin kal syajari bila samarin..:)

Unknown said...

Al-ilmu bila amalin kasajarin bila samarin