Saturday, October 16, 2010

Childhood Memories: Tadika Teluk Sisek

Aku dulu time sekolah mesti jauh dari rumah. Memang kena bangun awal naik van pergi sekolah. Sekolah pertama aku yg jauh ialah Tadika Teluk Sisek, sebuah tadika kepunyaan bangsa Cina kot, tapi pelajar berbilang bangsa gitu. 1 Malaysia memang sudah dipraktikkan dari dulu actually.

Tapi dekat sekolah ini ramai pelajar lelaki pakai seluar pendek, tapi aku  pakai je seluar panjang. Tutup aurat gitu, actually mmg tak biasa seluar pendek. Tahun sebelum tu blaja dekat Taski ABIM, lagi la, baju melayu pakai pegi kelas kan.

Penat woo g tadika...
Memori yang tak boleh lupa kat tadika ni ade sekali waktu rehat, seperti biasa aku tengah makan sosej goreng potong 8 mak aku bekalkan dari rumah. Waktu tu rehat dan ramai la main-main. Tadika la katakan. Tibe-tibe ade sorang mamat nie, pergi kacau aku tengah makan, die amik bulu ayam yang warna coklat tuh, pergi main-mainkan dekat telinga aku. Sekali tepis buat lagi, kena kejar satu tadika.

Ade la mamat tu dalam gambar ni, tapi aku da tak ingat yang mane....
Bila dapat kejar dia, dengan selambanya aku tiru ala-ala wrestling, amik kaki dia dan hempas sampai jatuh. Punya la tak pikir lepas je die jatuh atas simen kan. Menangis mamat tuh dan aku pon dengan cuaknya masok kelas dan sorok. Sorok kat mana, bawah meja yang paras lutut tuh. Baring je dengan harapan cikgu tak jumpe, padahal obvious boleh nampak. Then mak budak tu datang, mujur tak kena apa-apa. Cuma budak tu kena masok hospital kot, tak pergi tadika. Tapi aku dengan penuh rasa tanggungjawab pergi rumah die main congkak. Hahaha....

First graduation, 2006...
Apa-apa pun berjaya grad dengan berjayanya dari tadika nie. Haha. First graduation tuh, pointer 4 flat kot waktu tuh. Tak dapat best student sebab kes disiplin. (Entah ade ke tak kan).

2 comments:

ALeEn AziZ said...

Haha ngek bt0l. Dh rasa bersalah g men c0ngkak plak.. Hahaha

FaRHaN SyAHiR said...

rumah sendiri xde congkak dlu...hahahaha