Sunday, May 1, 2011

Zaman Kegelapan Itu

Allah pernah menduga,
Menguji hati yang lara,
Dengan seluruh perhiasan dunia,
Meniti hari penuh bahagia.

Wang dan juga wanita,
Mengaburi mata sang pemuda,
Hanyut di alam remaja
Persis ombak lautan bergelora.

Tidak tersedar dari lamunan,
Tiada nasihat dari teman,
Yang ada bisikan syaitan,
Mengheret ke alam kemaksiatan

Tidak tersedar sang pemuda
Kebahagian itu hanya sementara,
Yang kekal hanyalah dosa,
Sedia mengheret ke neraka.

Syukur Allah masih menyayangi,
Ditunjuk jalan yang hakiki,
Sang pemuda menginsafi diri,
Memperbetul kesalahan yang terjadi.

Namun ada perkara menghantui,
Perkara lampau menjengah kembali,
Kesalahan yang mustahil diperbaiki,
Hanya mengharap ihsan Illahi.

Hanya maaf mampu mengiringi,
Perasaan sesal diri ini,
Kepada tuan empunya diri,
Maafkan daku wahai saudari

Harapan aku hanyalah satu,
Kepada diri yang lemah ini,
Jangan diulangi kesilapan lalu,
Kerana sakitnya tidak terperi.

Tidak aku menyalah takdir,
Ada hikmah sebabnya hadir,
Mungkin pengajaran disebalik tabir,
Untuk peringatan umat muktahir

Takdir Allah amatlah pasti,
DikataNya jadi, pasti terjadi,
Mungkin buruk dimata ini,
Namun terbaik disisi Illahi.

Kepada sahabat dan rakan,
Aku mempunyai satu harapan,
Tergelincir aku dari landasan,
Taburkan teguran dibiar jangan.
Ukhwah Fillah (credit to Eriq)  
 Wahai Zaman Kegelapan,
Yang penuh godaan syaitan, 
Tidak teringat dek tuhan, 
Pergilah engkau tanpa berteman.

7 comments:

Mohamad Nazrul Fazli bin Abdul Mutalib said...

subhanallah..puitis2..i like it to the fullest..:)
keep it up my dear farhan..:)

~W.A.H.I.E~ said...

Bukan senang untuk berubah dan bukan juga susah untuk bermula dalam perubahan. Jalan masih luas terbuka. Seseungguhnya yang Maha Satu itu sentiasa sedia menunggu kita..=)..

siputsedut said...

wah...subhanallah..hebat rupanya incik Farhan Syahir berpuisi ea..=)keep it up..rsai iman dengan ukhuwah sangat indah..=)

FaRHaN SyAHiR said...

Yun: Hehe, thanks...

Wahee: InsyaAllah ada hikmahnya apa yang dah berlaku...

Wanie: puitis puitis jugak, isi kena amik jugk..:P InsyaAllah ukhwah dibina akan berkekalan.

ASBARTS® said...

paan, pe ni
tgah2 malam ko buat aku basah
pukul nak?
haha

FaRHaN SyAHiR said...

Amer: basah tu ambigous boleh x? hahahaha....mane aku taw aku tulis cerita aku, ade org nk terharu jugak eh? haha

SUHAIMI RAMLI said...

Perubahan itu pasti. Cuma antara dua yakni baik dan buruk...tahniah buat anda sahabat kerana memilih jalan menuju redha Allah....penulisan kreatif! teruskan...