Tika diberi satu nikmat,
hamba Allah tidak teringat,
Itu hanya satu alat,
Untuk menguji persedian Akhirat.
Pelbagai perkara aku lalui,
Pelbagai pelajaran aku dapati,
Namun tiada ibrah yang mengikuti,
Perjalanan hidup sehari hari.
Sifat manusia memang begitu,
tidak akan menghargai sesuatu,
Sebelum hilang tidak ketemu,
Menyesal pula tidak membantu.
Ingin aku ceritakan,
Kisah aku kepada teman,
Agar menjadi suatu pengajaran,
Bukan niat untuk perhatian.
Pernah aku suatu masa,
Tidak bersujud buat seketika,
Batasan fizikal yg tidak disangka,
Sungguh membuatku cukup kecewa.
Tidak mampu diri ini,
Menyembah bumi menyeru Illahi.
Baru mngetahui nilai sejati,
Nikmat sujud kepada Illahi.
Kadang kala kita alpa,
Semua nikmat tuhan yang punya,
Kita anggap kekal selamanya,
Diambil mudah dan sambil lewa.
Mari kawan kita semua,
Hargai nikmat yang kita ada,
Terutama keluarga yang tercinta,
Sekali hilang tiada gantinya.
Keluarga itu nikmat Illahi,
Yang harus kita syukuri,
Jangan dibiar sekali kali,
Sementara masih bernafas dibumi.
Bayangkanlah wahai para teman,
Tanpa keluarga memberi sokongan,
Bayangkanlah wahai para teman,
Tanpa keluarga memberi sokongan,
Mampukah kamu mara kehadapan,
Menghadapi liku liku kehidupan?
Menghadapi liku liku kehidupan?
Wahai ayah dan ibuku,
Tidak mampu kubalas pengorbananmu,
Walau setinggi gunung usahaku,
atau seluas lautan ikhtiarku.
Tidak mampu kubalas pengorbananmu,
Walau setinggi gunung usahaku,
atau seluas lautan ikhtiarku.
Kepada ayah dan ibuku,
Ingin aku kucupi tanganmu,
Berterima kasih kerana menjagaku,
Memohon ampun kerana khilafku,
Kakak dan adikku yang diingati,
Walaupun apapun yang terjadi,
Jangan sesekali pertalian darah ini,
Diputus dirobek sama sekali.
Mungkin aku tidak sempurna,
Menjadi anak lelaki yang berguna,
Namun akan kucuba sedaya upaya,
Agar menjadi manfaat bersama.
Sungguh demi Allah yang satu,
Aku sayang akan keluargaku,
Janganlah ditarik nikmat itu,
Namun takdir itu milikMu.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Takdirkanlah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya aku antara hambaMu,
Yang sentiasa mengharap kepadamu atas setiap sesuatu.
Ya Allah, jika ini takdirMu,
Aku terima ketentuan itu,
Kerana aku yakin akan janjiMu,
Inilah yang terbaik bagiku.
Ya Allah Ya Rabbi,
Jadikanlah redha dimulut ini
Tersemat kental didalam hati,
Supaya ku yakin mengabdi diri.
Sekian saja coretanku ini,
Sekadar luahan dimalam hari,
Ambillah ibrah yang dijumpai,
Tinggalkanlah khilaf yg tersembunyi.
No comments:
Post a Comment