Monday, August 23, 2010

Childhood Memories: Lenyap Ditelan Zaman...

Baru-baru ni ada klik satu link dekat FB tentang  Top 10 Things Today's Kids Will Never Experience. Boleh tekan link untuk bace description for each of it. Bawah nie adalah list 10 perkara yang tidak akan dialami budak zaman sekarang. 


  • Camera Film 
  • Landline Phones 
  • Real Books 
  • Being Lost 
  • Music Videos on MTV 
  • Walkmans 
  • The Glory Days of Nick at Nite 
  • Tan M&Ms 
  • Czechoslovakia 
  • Arnold Schwarzenegger, the Terminator

Bila baca benda ni, memang aku sedar yang masa ini cepat sangat berlalu. Perkembangan teknologi jugak amatlah pesat. Aku tertarik untuk ulas sebahagian daripada benda-benda ni. Hanyalah untuk suka-suka dan membuktikan aku masih anak kampung. Actually kid yg dimaksudkan adalah budak-budak zaman millenium yang lahir pada abad ke 21 ini. 


1. Camera Film. 
Budak budak zaman sekarang hanya kenal kepada kamera digital sahaja. Kamera yg guna filem ni mengajar kita banyak pengajaran. Kalo guna kamera ni, kita haruslah membayar harga yang besar untuk mendapat peluang kedua. Kalau kamera digital, dengan single click, gambar yg tak lawa boleh dibuang. Kamera filem?, kesalahan itu akan kekal dan menyebabkan kita lebih berhati-hati untuk snap yang lain.  
Mana nak taw tgh nangis ayah aku tangkap kan, tapi tak boleh delete or repeat daa...
So, tersematlah gambar menangis ini dalam Album selama hampir 17 tahun. 
Guna kamera filem ni juga suruh kita bersabar, bukan boleh view terus, kena tunggu cuci, dan baru boleh tengok. Kamera filem jugak ajar kita erti menghargai. Kita kena simpan gambar yang diprint tu se elok eloknya sebab harga yang mahal untuk sekeping gmbar. Filem kodak dan kos nak print jadi 4R punya gambar, memang agak mahal untuk zaman dulu dulu. Jadi kita kena hargai  setiap keping gmbar. Dan akhirnya, budak-budak zaman sekarang tak ada gambar-gambar old school macam dibawah :-



Melaka, 1995 kot...

SKT 2002...
2. Landline phone.
Di Malaysia, aku rase benda ini tidak ketara, tapi disebabkan article atas tu adalah US based(kalau tak silap aku), tu sebab tersenarai tuh. Tapi tidak mustahil benda ini akan berlaku di Malaysia dalam beberapa generasi lagi. Handphone sudah pandai digunakan oleh budak seawal umur 7 8 tahun. So memang dalam beberapa generasi, Telekom Malaysia mungkin hanya boleh mengharapkan keatas subcription internet streamyx sebagai sumber pendapatan utama. Dan Celcom Maxis Digi juga patot bukan hanya mengadakan Upax, ataupon School of X, tapi Kindergarten Promo pack mungkin. 
Model first HP aku, RM250 uoolls...
Gambar ihsan Google..
Aku hanya dapat phone lepas PMR. Tu pon beli duit ayah aku bagi lepas dapat result PMR. Tapi mungkin zaman lagi maju, adik aku dapat phone waktu form 1 lagi. Tu hanya beza 3tahun. Tapi, ramai jugak kawan aku yang xda landline phone. So mmg terbukti yang dalam 2 3 tahun lagi, memang budak-budak tak akan kenal apa yg kita slalu panggil sbgai "telefon rumah".


3. Real Books. 
Ini mungkin dirasai budak zaman sekarang. Dulu kalau belajar nk UPSR, guna DIDIK keluaran berita harian, Setiap hari selasa, kena beli Berita Harian ngan cikgu, harga 70sen. Sebab harga didik tu je actually. Lari topik sikit, tapi nk cerita gak pasal didik nie. Aku dulu kalau hari rabu 2 waktu sebelum rehat, memang muka yang akan kena rotan then duduk luar kelas. Sebabnya, didik tak siap section BI. Boleh kata rutin mingguan aku da. Pasal real book, memang agak mustahil budak sekarang nak rujuk encyclopedia nak taw something kan. Kalau yg reti internet, wikipedia adalah sources terbaik. Google pon sama. Aku dulu nak buat sinopsis cerita Timulak Kapal Perang, abis satu buku aku salin balik then print. Tapi sekarang, kalu google pon aku percaya akan jumpa yang da siap. Boleh copy paste. 
Ada tak budak sekarang cari word dalam kamus berjemaah macam 2 org ini?
Lagi satu, dictionary. Dulu siap cikgu buat lumba sapa dapat cari perkataan dalam dictionary dengan cepat. Sekarang, Wordweb memang jadi rujukan aku, even adik aku pon guna wordweb nak tahu maksud perkataan. Sekarang ini ada satu lagi trend, MLM yg jual SKOR A. Ni macam jual latihan berkomputer untuk anak-anak, then mak ayah boleh cek prestasi online. Mana hilangnya cara lame, buku latihan, pen merah, pembetulan sebelah soalan,? Semua hilang ditelan zaman. 


4. Walkman
Ini pon dulu menjadi kegilaan waktu time aku dulu darjah 5,6 dulu. Sapa yang ade walkman time tu memang macho r lebih kurang. Aku dapat walkman mak aku beli lepas aku UPSR, dekat Mydin kalo tak silap. Then kaset rembat je mana mana kaset dalam rumah waktu tuh. Tapi akhirnya aku sedar memang aku tak da bakat dengar music ni, sebab at last walkman aku da tak kluar bunyi pape, tapi still aku tak sedar. Konon dengar walkman sambil baca buku macam awesome, tapi last last aku bace buku sambil ignore walkman. Oh! nerd disitu. Haha.
Walkman aku dulu bentuk macam nie, tapi jenama cikai, bukan sony okeyh...:)
Ihsan Google. 
Tapi kalau budak sekarang, Sony Walkman, model hanset tu mungkin diorang kenal. Walkman kaset tu, memang da tak kenal kot. Dengan MP3, Mp4, Ipod dan macam macam option yang lagi kecik dan murah, memang walkman lesap ditelan zaman. Aku pon dapat pegang ipod waktu aku kt intec, tgok ade membe pakai ipod touch. Itu first time aku tengok product apple depan mata. Amat kampung disitu. 


5. Arnold Schwarzenegger, the Terminator
Dia ni first time aku dengar nama waktu pelakon lagi, tapi zaman-zaman aku sekolah jugak la die naik jadi governor California tu. Waktu tu badan die tuff n fit, sekarang macam dah tak jek. Mungkin da masok era-era tan sri kalau kawan kawan aku paggil. Nak tahu ape era tan sri, itulah zaman kegemilangan perut membesar. 
Then and Now
Sources
Cukuplah review 5 benda nie, itu je yang aku rasa menarik untuk dikongsi. Haha. Lagipon aku mana jumpa M&M or cerita The Glory Days of Nick at Nite. Untuk Malaysian, mungkin kite boleh tukar M&M dengan gula 20sen yang kalau beli dapat cincin tu. Sapa ingat? Dan kalau cerita tu mungkin boleh tukar dengan Senario, ataupun Sinaran Passport Kegemilangan. 

Dan lagi satu, sapa ingat biskut ni,

Oh biskut gula keras dekat atas, I miss you...=(
Ini memang biskut yang craving gile, amat sedap tapi sekarang macam susah nak jumpa jek. Agak-agak budak zaman sekarang suka lagi tak biskut nie? Akan aku cari biskut nie before pergi US, nak bawak pegi sane sekali. Haha.


7 comments:

aisya said...

haha, aisya rse yg paling betul2 walkman la kot. :)) ngn film camera. haha, mmg xnmpk daahh. :p

AZLeEn AziZ said...

biskut gule tu ade je jual...
tp x byk.. ak suke gak mende tuh!! hehe

FaRHaN SyAHiR said...

aisya: lame xtgok aisya kt blog nie...aah walkman ngan filem mmg hilang r skang. Haha....

Alin: Arini nk g crik gak bskut gula tuh...hahaha

norulqalbi said...

hahahah.nice2.
biskut sedap! walkman, camera film, and semua yang kau bgtau ni dah berubah..huhu.
btw, aku dapat phone after spm.caya x? hehehe =))

FaRHaN SyAHiR said...

biskut tu mmg sedap...
caya2..ramai je kan dpt after spm..
haha..

Ashirah Ibrahim said...

haha..ko membuatkn aku teringat balik kngn zmn knk2..aku pon suka biskut tu..wah lama tak jumpa..kat ebay ada??haha

FaRHaN SyAHiR said...

hahaha....
try r cari ebay..konfem xda..
ni limited edition made in Malaysia..hahaa