Friday, August 6, 2010

De' Mall @Hotlink Walk

Hari ini adalah hari mogok satu kedai oleh pekerja De' Mall. Dengan pekerja syif pagi yg kena gegar dengan Mr K di asrama, baru menciput sorang-sorang datang kerja. Pastu balik nak awal even datang lambat pon kan. Nak dijadikan cerita, pekerja malam yang amatlah *kindly insert curse here* boleh tak nak datang di saat genting tu kan. Dan terpaksalah bertungkus lumus 3 orang waiter berjalan satu kedai. Memang mungkin tercabut kepala lutut kalau orang ramai malam tadi. Mujur orang pon suam-suam kuku gitu datang makan.

Tapi mungkin boleh bersyukur lagi 3 orang waiter campur aku yang jaga kaunter aka supervisor sambilan. Kalau nak diceritakan pengalaman, pernah aku ditinggalkan 5 orang nak jage kedai sebesar beberapa ekar itu. Ok ini tipu. Hanya beberapa puluh meter persegi memuatkan lebih kurang 50 meja makan. Sorang buat air, sorang buat roti, sorang basuh pinggan and 2 org waiter, angkat pinggan, cashier dan etc. Bertungkus lumus aku walaupun didalam cemuhan dan curse membasuh kedai ok. Tak ape, itu first time aku mop kedai dengan bertungkus lumus. 3/4 kedai aku mop. Lantai kalau sikit punye bersih tak ape. Ini hitam macam kena sapu arang.
Ini view 1/4 daripada the whole De'Mall
Pernah juga sekali aku jage sampai tertido-tido dekat kaunter. Nak masuk tido cashier lain takde plak nak ganti. Akhirnya dengan tabahnye aku duduk dekat kaunter dan kalau terlelap tu, customer dtg nak bayar kejut. Waktu tu hanya 2 3 meja je yang masih berpenghuni, aku amatlah rasa tak berbaloi tahan mengantuk tunggu diorang nak bayar air sahaja, kadang-kadang tak sampai RM10 pon.


Pernah juga sekali tu ade seorang bro nie makan roti canai, air milo, and beberapa makanan lain. Bile aku kira-kira dapat 24 ringgit. Bro ni dgn muka pelik bayar dan tak tanya. Aku tengah separuh di alam mimpi ala ala sweet dream amik je duit. Bile dia pergi balik kat meja n pandang-pandang aku dengan muke pelik. Aku syak da memang salah kire, tapi muka selamba buat tak tahu pape. Lastly, die datang suro kira balik. Dan semuanya hanyalah RM8.30. Die bayar 3 kali ganda lebih mula-mula. Mujur die suruh kire balik kalau tak amatlah mahal makan macam dekat hotel. Haha.

Disebabkan De'Mall adalah restoran tengah-tengah antara 3 kedai, so ia agak mendapat sambutan bile ada event besar. Pernah sekali Hot FM mengadakan majlis berbuka puasa dan juga bersama peminat. Waktu WC ade DJ Hotlink memeriahkan suasana dan bagi free gift. Beberapa event lain juga selalu diadakan disini.

Bazar Ramadhan Hotlink 2008
Kalau time raya, kedai ini akan bukak time raya ke-3. Setakat nie aku pernah jaga waktu raya 3 kali je, walaupon kedai nie dah melalui 5 kali Raya Aidilfitri sejak penubuhannya. Alasan 2 tahun lepas untuk tidak jaga kedai adalah SAT aku yg jatuh pada Raya Ke-4. Tak raya mane jugak la kan. Then, tahun lepas fly bulan puasa. Tak dapat la nak jaga kan. Nak dijadikan cerita, time hari raya nie mmg ramai orang. Aku agak pelik sebab tak kan tak ade orang buat open house. Raya ke-3 la katakan, mesti la ade sepatutnya. Dan boleh nampak semua customer agak kelaparan pada awal-awal raya ni. Mungkin diorang nak qada' balik hutang makanan sepanjang Ramadhan.

Nasi Lemak De'Mall

Selain raya, kedai ini juga ramai orang masa musim bola, tak kiralah EPL ataupon World Cup. Alangkah bagusnya kalau Liga M dapat sambutan macam EPL dapat. Memang ade orang tengok bila Liga M, tapi itu hanya kebetulan mereka tengah makan. Waktu bola ni, mmg laluan antara meja mungkin da tak nampak da. Seriusly amat ramai. Sampai kadang-kadang terpaksa kutip balik cawan yang customer da habis minum and buat air lain. Bayangkan kalau cawan pon tak cukup, ramai orang ke tak. Kalau time Big Event, seperti Final World Cup, Champion League, memang sorakan sewaktu gol adalah sesuatu yang amatlah ditunggu-tunggu. Waktu Iniesta buat gol kemenangan Spain waktu final WC, mmg amatlah meriah sambutannye. Hampir semua penyokong Spain yang ramai tu bangun sambut gol dan penyokong Belanda capai sweater dan zip sampai atas. Waktu ulang tayang gol, customer sambut macam Spain buat gol lagi satu. Memang berbulu mata penyokong pasukan lawan (ini adalah pengalaman penulis).


Mungkin ini sebahagian asam garam kerja aku dekat De'Mall. Eh, lupe nak perkenalkan De'Mall. De'Mall adalah restoran yg terletak di tengah bandar Kuantan, berhadapan dengan Berjaya Megamall. Sapa jumpa Megamall tapi tak jumpa De'Mall memang tipu. Diasaskan pada Oktober 2005 dan sehingga kini masih berdiri utuh menerima hampir seribu customer setiap hari.

P/s: Janganlah malu dan segan, silalah berkunjung ke De'Mall sekarang. Jangan dilupa bawa orang tersayang. For exclusive deals, kindly contact me prior to your arrival. Haha.
Nanti nak cerita pengalaman custo pulak...haha....

13 comments:

AZLeEn AziZ said...

mcm sedap je nasi lemak 2~~
rugi lak x mkn ritu...

FaRHaN SyAHiR said...

hahaha...
tu tanda kene datang lagi la tuh...

riziaq said...

kalau tak tido tu bukan paan namanya. haha

oh. mcm best je kedai ko! :D

FaRHaN SyAHiR said...

ish iji..
ko try r jaga kaunter dari 5ptg smpai 8pg
tgok ko tdo ke x...hahahaha


mari la dtg..haha

riziaq said...

haha. oh lupa pulak aku pon kaki tido jugak.

bila2 dtg kuantan aku suruh mak aku singgah. tp taktau la bila2 tu bila...hehe

FaRHaN SyAHiR said...

hahaha..
ko lg kaki tdo dri aku...
lentok kt kelas bio lg awal ok...hahaha

dtg bercuti kt ktn plak..
ade r nnti.....

AZLeEn AziZ said...

insyaAllah... ada duet segalanya mungkin~~~ haha

FaRHaN SyAHiR said...

hahaha...
masa semakin suntuk jugak kan...
hahaha

norulqalbi said...

kau lama lg cuti paan?

FaRHaN SyAHiR said...

one month left...:)
haha...

FaRHaN SyAHiR said...

one month left...:)
haha...

Unknown said...

majulah de mall utk negara~ haha

btw nice layout.
;)

FaRHaN SyAHiR said...

Haha...
thanks....:)