Sunday, August 8, 2010

Karier

Perbualan ketika di kelas bio..

"Ko da dapat ke kerja baru tuh"
"Da, aku skrang kerja bersih hotel atas margaret."

"Apa kerjaya ko sekarang"
"Aku masih mengangkut sampah lagi"

"Profesion anda"
"Basuh tandas"

"Ko buat ape arini"
"Mop tangga setengah jam setingkat"

"Penat kerja"
"Vacuum 2 floor jek"


Ok, ini adalah sebahagian perbualan-perbualan yang direka tapi isinya adalah betul. Sebahagian dari pekerjaan di atas adalah perkerjaan part time aku di RIT. Nak diceritakan pengalaman kerja ni, memang agak best. Sebab kerja ni mengajar aku erti penat mencari duit. Selama ni kalau nak duit hanya mulut sahaja yang perlu bergerak untuk bercakap 3 patah perkataan "abah, nak duit" dan mengukir senyuman lagi manis dari org kencing manis. Itu hanya perumpamaan sahaja. Tapi mungkin juga itu realiti bagi sesetengah orang. Kalau dalam family aku, duit mintak mesti bersebab, so bukan 3 patah perkataan kot. Apapun, setelah aku da bekerja sekarang ni kan, nak mintak duit pon segan sebab dah tahu betapa susah nak cari rezeki kan.

Satu-satunya gambar berbaju custo..
Last day kerja. 
Kerja sebagai custodian di RIT, aku da buat 3 4 kerja da. Aku pernah kutip sampah, vacuum floor,  lap tingkap dan juga mop tangga. Kalau kutip sampah kene bangun pukul 5 pagi, mata mengantuk-ngantuk amik air sembahyang, pakai jaket pergi tolak troli sampah. Waktu nak punch in masok ID utk start kerja, makcik senior custo jerit "Hey, I like your hair." Aku dengan tak sangkanya cakap "Thanks" Kalau weekdays aku tolak sampah sampai pukul 7 pagi. So tengah-tengah tu ade berenti sembahyang subuh. So sembahyanglah aku dalam lounge celah-celah sofa. Paling lame angkut sampah waktu cuti Winter, aku kutip sampah for 6 jam straight, ade ponteng tido 20 minit. Memang byk sampah.

You like it?
Kalau vacuum floor dan cuci tingkap, yang nie kerja paling banyak pernah aku buat. Memang boleh panggil expert r bab bab nie. Kadang-kadang dapat floor yang sama 2 hari straight, so memang tak vacuum second day tuh. Mop tangga pulak adalah kerja paling aku suka. Bukan suka sebab mop, tapi bile mop tangga memang satu tangga setengah jam. Kalau kerja 2 jam, so dalam 4-5 tangga sahaja. 15 minit pertama main facebook and YM kat ipod, then 10 minit buat kerja. Itulah rutinnya. Boleh buat waktu mop tangga sebab tangga die tertutup dan tak da orang lalu. Haha.

Sampah paling tinggi pernah aku timbunkan. Tengok kt tepi tu, ade salji.
Memang payah nak tolak benda nie merentas salji pagi2. 
Kerja custo memang banyak ups n downnya. Kalau dapat kerja senang memang bes r. Dapat gaji sambil tido lagi kadang kadang. Tapi untuk bangun pukul 5 tuh bukan senang. Aku kagum rakan-rakan yang kerja weekdays sebab boleh bangun 4.30 pagi untuk pergi kerja. EVERYDAY. Kalau aku memang mustahil kot. Pernah sekali pengalaman aku, supervisor ketuk bilik aku nak kejut aku tido time kerja. Agak memalukan disitu. Tapi aku tak bangun pon, aku  teros tido sampai abis waktu kerja. Bile bangun menggelabah cari supervisor nak pulang kunci. Dia cakap sikit lagi die nak panggil Public Safety(ala-ala police U), untuk hijack bilik aku.  Semua sebab Najmi dan Boss xbagi aku tido suruh main Monopoly sampai pagi.

Sebahagian custo RIT....
Gaji. Amat berpatutan, lebih mungkin. Maybe untuk orang luar gaji da tinggi, bagi citizen US tak. Gaji minimum kat US 7.25$ sejam dan aku dapat 7.75$ sejam. So dikira org berpendapatan rendah la aku nie. Tapi dengan duit elaun mara bagi, itu mungkin lebih dari cukup untuk aku. Apapun bukan duit yang dicari, tapi pengalaman itu. Aku masih ragu-ragu untuk menempuh alam perkerjaan selepas habis belajar nanti, jadi dengan pengalaman berkerja part time ni mungkin dapat bersedia untuk karier nanti mungkin.

Ihsan google

Nota kaki:
-Terima kasih kepada Rizi for the pictures. Pak cik Google jugak.
-Sebenarnya bosan dekat rumah, so tulis jela apa-apa kan.
-Any idea untuk next entry?

7 comments:

AZLeEn AziZ said...

ak rase better ko jgn simpan rmbut pnjg... pelik je ak tgk..hehe

riziaq said...

haha ini menarik.

"15 minit pertama main facebook and YM kat ipod, then 10 minit buat kerja"

aku pon wei!

FaRHaN SyAHiR said...

aleen: hahaha...aku mcam xkan simpan je rmbut pnjang lagi...xsanggup da..
tpi aku ade plan baru nk buat ape...

iji: hahaha...memang tu aku buat..kdg2 sbelah pgg vacuum sbelah pgg ipod ym..haha

Unknown said...

huuuu..
jd custo besh gk la en??

FaRHaN SyAHiR said...

aah best..
haahaha...

AZLeEn AziZ said...

ko plan wt pe paan???
rebonding ke??
haha ke botak?

FaRHaN SyAHiR said...

Haha..wait n see nanti...
terbaik dari ladang...