Dugaan datang menduga-duga,
Sebagai peringatan untuk si hamba,
Agar merintih pada yang Esa,
Tuhan sekalian alam semesta.
Teringat aku dek masa lalu,
Kereta rosak otak buntu,
Muka masam hampir seminggu,
Mengenang nasib yang tidak menentu.
Revolusi diri telah berlaku,
Peristiwa silam mendidik aku,
Untuk menjadi lebih berilmu,
Menghadapi cabaran yang beribu.
Cabaran ini bukan diminta,
Tapi aku amat mensyukurinya,
Ia datang tepat masanya,
Menyedarkan aku yang terlena.
Mungkin ini satu persediaan,
Untukku menghadapi masa hadapan,
Yang masih tiada tetapan,
Cuma ada sebuah keyakinan.
Mungkin juga suatu bukti,
Tentang kebenaran kalam Ilahi,
Hayatilah ia muhasabah diri,
Perbetul niat bersihkan hati.
Hatiku tidak sekuat mana,
Kecundangnya juga tidak dijangka,
Namun aku harus berusaha,
Kerana ini persinggahan sementara.
Kecundangnya juga tidak dijangka,
Namun aku harus berusaha,
Kerana ini persinggahan sementara.
Sungguh aku ada celanya,
Tapi terimalah ia seadanya,
Jika ada syak wasangka,
Minta penjelasan sebelum mengadilinya.
Tidak terniat dek diri,
Untuk penting diri sendiri,
Jangan kerana ego sendiri,
Nilai persahabatan telah diperjudi.
Harta bukan masalah utama,
Tapi ukhuwah harus dijaga,
Kuminta maaf silap segala,
Kepada anda sahabat semua.
Buat sahabat yang disisi,
Ayuhlah berjuang dijalan ini,
Kuatkan semangat tabahkan hati,
Janji Allah pasti terjadi.
Jangan sekali berputus asa,
Rahmat Ilahi dimana mana,
Mungkin tiada rezeki kita,
Mendapat harta tika didunia.
Namun ingat akhirat jua,
Tempat dibicara seadil-adilnya,
Setiap manusia lain perjalanannya,
Namun pengakhiran itu sama.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya,
Itu percaturan sang pencipta,
Hanya Dia mengetahui segalanya,
Percaturan hidup manusia didunia.
Tidak kucoret meminta belas,
Tidak pula mengharap balas,
Ini cuma peringatan ikhlas
Buatku dan teman andai terbabas.
Ayuh teman mari berjuang,
Mari menoraka alam terbentang,
Jangan dihirau susah senang,
Kerna Allah Masih Sayang.
Tidak pula mengharap balas,
Ini cuma peringatan ikhlas
Buatku dan teman andai terbabas.
Ayuh teman mari berjuang,
Mari menoraka alam terbentang,
Jangan dihirau susah senang,
Kerna Allah Masih Sayang.